Wednesday, 11 April 2012
KURSUS OPERATOR MEKANISASI LADANG (PLASMA MPOB KERATONG)
SECARA umum, sektor perusahaan perladangan dan komoditi di Malaysia sehingga kini masih lagi berintensifkan buruh terutama tenaga buruh asing. Ini berdasarkan statistik tahun 2009 yang mana daripada 502,229 guna tenaga di sektor perladangan sawit, lebih dua pertiga adalah tenaga kerja asing.
Ini menunjukkan, jika tiada tenaga kerja asing, kemungkinan industri perladangan sawit tempatan mungkin lumpuh. Bagi mengelakkan perkara berkenaan, penyelesaian jangka panjang perlu dicari. Satu kaedah adalah penggunaan mekanisasi atau jentera secara menyeluruh.
Ia juga selaras keperluan meningkatkan hasil pengeluaran komoditi dan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama komoditi, proses meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi ladang adalah perlu diutamakan.
Mekanisasi di setiap aktiviti pengeluaran dari peringkat penyediaan tapak atau tanah hinggalah kepada pemasaran hasil komoditi akan membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan penggunaan buruh, termasuk pekerja asing.
Bagi mencapai sasaran itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mencadangkan hala tuju dan hala cara mekanisasi di sektor Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi tempoh sehingga tahun 2020 yang dibahagikan kepada lima teras utama dengan satu daripadanya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan berkualiti.
Mekanisasi tidak akan berjaya jika operasi dilakukan mereka yang tidak berkemahiran. Justeru, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengambil inisiatif menawarkan kursus kemahiran kepada belia tempatan dalam pengendalian peralatan mekanisasi disamping tugas utamanya sebagai badan penyelidikan sawit negara.
Sejak ditubuhkan pada 2005 dan membuat pengambilan pertama pada sesi Julai 2006 hingga sesi September 2010, MPOB melalui Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML) melahirkan seramai 261 pelatih berkemahiran dan berilmu dalam bidang mekanisasi perladangan sawit.
Kursus ditawarkan adalah mengikut NOSS (National Occupational Skill Standard) yang mana silibusnya disediakan mereka berkemahiran dari industri sawit seperti ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. Bagi menjamin mutu pelatih, KOML mendapatkan pengiktirafan daripada JPK Kementerian Sumber Manusia yang mana layak mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) disamping sijil MPOB.
Terkini, KOML Sesi September 2010 sedang berjalan yang juga sesi pengambilan ke-9 bagi Tahap 1 dan kali ke-2 bagi Tahap 2. Seramai 60 orang dipilih mengikuti kursus ditawarkan yang mana 45 orang mengikuti KOML Tahap 1 dan 15 orang lagi menyambung pengajian dalam Tahap 2.
Sesi ini juga adalah sesi terakhir KOML dijalankan di Pusat Penjenteraan ladang, Stesen Penyelidikan MPOB/UKM Bangi yang mana pada tahun 2011, pelatih akan mengikuti latihan di kampus tetap di Pusat Latihan MPOB Keratong, Pahang yang juga kampus maya Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).
Daripada statistik dan bermula pada sesi Mac 2008, kadar permohonan bagi mengikuti KOML bertambah pada setiap sesi. Kadar permohonan ini terpaksa dihadkan kepada 50 orang setiap sesi disebabkan tempat yang terhad dan pembelajaran secara ‘hands-on’ yang mana setiap pelatih perlu melakukan sesuatu perkara sehingga mahir dan boleh menjalankan kerja sendiri tanpa pengawasan. Ini bermakna, lepasan KOML mahir dalam bidang mekanisasi ladang.
Disamping kursus jangka panjang, KOML juga menawarkan kursus jangka pendek berdasarkan modul ditawarkan. Topik-topik pengajaran merangkumi semua keperluan membabitkan mekanisasi ladang bermula dengan Pengenalan Kepada Industri Sawit sehinggalah kepada kaedah penuaian dan pengangkutan dalam ladang hingga ke kilang.
Disamping itu, dalam Tahap 2 pula, pelatih diajar penggunaan jengkaut dalam aktiviti penyelenggaraan parit dan jalan ladang. Kursus jangka pendek yang paling popular adalah modul teknologi dan pemanduan traktor. Apa yang menarik tentang modul ini adalah selain peserta mempelajari asas operasi, penjagaan dan penyelenggaraan traktor, peserta yang mencukupi syarat boleh menduduki kelas memandu bagi mendapatkan lesen pemanduan traktor yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain ujian pemanduan traktor, ujian pemanduan jengkaut juga dijalankan bersama dengan JPJ bagi pelatih Tahap 2.
Dalam memperkenalkan KOML kepada umum supaya belia tempatan berminat berkecimpung dalam industri ini, pelbagai kaedah promosi dijalankan bagi penyebaran maklumat KOML. Ini adalah satu usaha memastikan objektif KOML tercapai untuk menarik minat golongan belia dalam industri perladangan sawit. Dengan memberikan maklumat yang tepat dapat mengubah tanggapan negatif masyarakat tempatan terhadap industri perladangan sawit.
Pada zaman serba canggih ini KOML tidak melepaskan peluang untuk menggunakan lawan web sebagai salah satu medium menyebarkan maklumat terkini. Keberkesanan promosi yang dilakukan dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah pengambilan pelatih pada setiap sesi.
Ke mana dan di mana lepasan KOML?
Bancian dan soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat status kerjaya lepasan KOML dari sesi 1/Julai 2006 sehingga Mac 2010. Jumlah pelatih sehingga sesi Mac 2010 adalah seramai 261 orang. Bancian ini bagi mengetahui adakah lepasan KOML berkerja dalam industri sawit disamping melihat keberkesanan kursus ditawarkan mengikut kehendak industri. Daripada bancian itu, lebih 60 peratus lepasan KOML bekerja dalam industri sawit.
Antara syarikat perladangan yang mengambil lepasan KOML adalah Sime Darby, TDM Plantation, Tabung Haji, Felda Plantation dan beberapa estet persendirian.
Maklum balas diterima menunjukkan lepasan KOML diterima baik syarikat perladangan dan dengan kemahiran dimiliki mereka, segala aktiviti mekanisasi dijalankan mereka. Antara komen pengurusan ladang adalah dengan adanya lepasan ini yang berkemahiran dalam penggunaan jentera dan peralatan ladang, masalah kerosakan jentera dapat diatasi dengan segera dan ini akan mengurangkan ‘down time’ yang sering berlaku.
Mereka yang berminat mengikuti kursus ini boleh muat turun borang permohonan di www.mpob.gov.my atau sertai komuniti KOML di laman Facebook.Com (carian: KOML).
Mekanisasi pengangkutan BTS di ladang sawit
Dengan adanya teknologi mekanisasi ini mengantikan kaedah konvensional dalam pengangkutan BTS akan dapat memudahkan, menjimatkan dan menjamin kualiti BTS. kos buruh juga dapat dikurangkan selain dapat menambah produktiviti kerja. Dengan pelbagai teknologi yang semakin berkembang dalam bidang perladangan sawit ini suatu hari nanti akan dapat menukar tenaga buruh kepada tenaga teknologi..dengan ini buruh2 dari negara luar dapat dikurangkan dan akan dapat mengelakkan pengaliran keluar wang negara yang hampir 2 billion setiap tahun....
mekanisasi dalam bidang perladangan sawit
DALAM konteks penggunaan tenaga buruh, secara khususnya boleh diperincikan kepada beberapa sektor seperti perkilangan, pembuatan dan perindustrian. Di Malaysia, penggunaan tenaga buruh masih lagi berintensifkan dan ‘dibayangi’ kebergantungan kepada tenaga buruh separuh mahir dan tidak mahir asing. Jadi tidak hairanlah, pada tahun 2009 sahaja, jumlah pekerja asing di sektor perladangan dan komoditi khususnya kelapa sawit mencatatkan bilangan 502,229 orang dan daripada jumlah itu 372, 000 atau 74.12 peratus adalah pekerja asing. Malah lebih daripada 90 peratus pekerja asing itu bekerja sebagai penuai buah tandan segar.
Oleh itu, dalam konteks mentransformasi industri sawit negara ke arah lebih produktif dan kompetitif, kerajaan telah mengenalpasti penggunaan mekanisasi dalam aktiviti di ladang sebagai satu Projek Permulaan (EEP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Penggunaan mekanisasi ini adalah salah satu rancangan di bawah Projek Permulaan (EPP) dalam meningkatkan produktiviti pekerja ladang, iaitu EPP ke-3 daripada lapan EPP Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi minyak sawit. Rasional daripada mekanisasi yang dilaksanakan memberikan implikasi positif pada jangka masa panjang khasnya dalam mencapai Petunjuk Keberhasilan Utama (KPI), Kementerian Sumber Manusia dalam ETP yang mensasarkan mengurangkan bilangan pekerja asing kepada 110,000 menjelang tahun 2020.
Namun sebenarnya, yang menjadi okjebtif serta keutamaan pihak MPOB dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam program mekanisasi kejenteraan seharusnya dipuji kerana MPOB telah mengorak langkah membangunkan jentera untuk kegunaan ladang dan diguna pakai syarikat perladangan sawit. Pusat Penjeteraan Ladang yang ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) jelas telah mengubah ‘skrip’ industri sawit negara kerana hampir 30 jentera berteknologi tinggi dan mampu milik berjaya dihasilkan seperti Galah Penuaian Aluminium, Pemungut Tandan Buah Sawit, Treler Motosikal dan terbaru Cantas atau lebih tepat lagi Penuai Buah Sawit Bermotor.
Tidak dapat dinafikan, hasil inovasi MPOB iaitu penggunaan Penuai Buah Sawit Bermotor (Cantas) telah terbukti mampu meningkatkan produktiviti sawit.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, alat penuai cantas berupaya meningkatkan tuaian buah tandan segar sebanyak 2.8 tan bagi setiap pekerja sehari berbanding 1.5 tan dengan menggunakan alat penuaian konvensional. Ini secara puratanya, bilangan tandan yang dapat dituai sejam berjumlah 75 tandan berbanding 50 tandan yang mampu dituai melalui kaedah konvensional sedia ada. Dalam kaedah ini, secara tidak langsung pendapatan pekebun kecil dan peladang mampu ditingkatkan sekali ganda dalam tempoh sebulan dan meningkatkan produktiviti sawit.
Kesannya kepada industri sawit negara khususnya untuk pasaran eksport dapat ditingkatkan dan sekaligus sasaran untuk mencapai pendapatan lebih RM128 bilion dalam indsutri sawit menjelang 2020 dapat dicapai. Selain itu, kaedah pemotongan pelepah sawit juga lebih mudah menggunakan alat ini kerana ianya lebih ringan, mudah dikendalikan serta menjimatkan masa dan tenaga. Meskipun penggunaan Cantas belum dipraktikan secara meluas, MPOB giat mempromosikan alat ini melalui Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) bagi memudahkan peladang memiliki alat ini dengan harga lebih rendah di pasaran.
CANTAS (PEMOTONG SAWIT BERMOTOR)
Cantas adalah pemotong sawit bermotor yang telah dibangunkana oleh
Lembaga Kalapa Sawit Malaysia (MPOB) dan telah dibantu oleh JARIZ
Technologies Sdn Bhd.
Penggunaan cantas ini akan dapat mencapai maklamat untuk menukar kaedah konvensional kepada kaedah mekanisasi dalam bidang perladangan sawit dinegara ini..
Penggunaan cantas ini akan dapat mencapai maklamat untuk menukar kaedah konvensional kepada kaedah mekanisasi dalam bidang perladangan sawit dinegara ini..
Tuesday, 3 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)